Thursday, 3 September 2015

GEMPAR - Penampakan Pontianak Di Lebuhraya Plus Waktu Siang Hari?



KECOH sehari dua ini apabila gambar didakwa pontianak sedang terbang di sebatang lebuhraya giat dikongsikan di laman sosial dan aplikasi mesej Whatsapp.
Gambar menyeramkan tersebut menunjukkan kelibat hantu atau pontianak yang kelihatan terapung di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) sebelum memasuki Terowong Menora pada waktu siang hari.
Jika dilihat dengan teliti gambar tersebut, objek didakwa pontianak itu seakan tengah melintas di kawasan tersebut.

Pergh, meremang bulu roma! Macam manalah agaknya perasaan pemandu yang ternampak benda macam ini sejurus sebelum memasuki terowong ya..
Untuk pengetahuan anda, lebuhraya sebelum memasuki Terowong Menora sememangnya sering dikaitkan dengan pelbagai kisah gangguan misteri dan seram. Antaranya kami pasti anda pernah dengar cerita Wolksvagen kuning tanpa pemandu kan?
Tapi tunggu jap.. jangan terlalu cepat buat spekulasi!

Setelah melakukan kajian sendiri, penulis berpendapat gambar viral itu sebenarnya hanyalah ‘imej seram’ yang sama ada sengaja mahupun tidak, telah diada-adakan.
Kelibat yang dikatakan pontianak itu rasanya tak lain tak bukan.. cuma tahi burung di cermin kereta saja.
Tak percaya? Cuba lihat objek ‘misteri’ lain yang dicetuskan oleh tahi burung bertempek-tempek pada cermin kereta di bawah ini.
Jadi, kesimpulan yang dapat dirumuskan ialah rajin-rajinlah cuci kereta anda sekiranya sudah terlalu kotor, agar tiada lagi berita penampakan makhluk misteri yang lain pula.

PADAH.. Silap Hantar Mesej ‘Papa Balik Nak Isap’ Ke Isteri Orang



PADA awalnya timbul perasaan ingin ketawa apabila membaca laporan polis milik seorang pekebun yang tinggal di Yong Peng, Johor ini.
Namun, perasaan itu bertukar menjadi simpati apabila mengenang nasib mangsa yang diugut individu tidak bertanggungjawab.
Semuanya berpunca gara-gara tindakan mangsa yang tersilap menghantar mesej berbau lucah kepada isteri orang yang berbunyi, “MAMA.. Te*** MAMA BESAR PAPA ISAP SEDAP, PAPA BALIK NANTI NAK ISAP”.
Menurut mangsa, mesej tersebut dihantar kira-kira jam 9 pagi ketika mangsa sedang bekerja, semalam.
Difahamkan, mesej itu sebenarnya ditujukan kepada isteri mangsa namun tersilap hantar kepada wanita lain.
Berikutan itu, mangsa dikatakan diugut sebanyak RM3000 oleh wanita terkenaan sebelum anak-anaknya melaporkan kepada pihak polis.
Gusar dan takut dengan ugutan wanita tersebut, mangsa memilih untuk membuat laporan polis berkenaan ugutan tersebut.
Pada masa yang sama, pekebun berkenaan mengaku bersalah akan kecuaiannya selain memohon maaf terhadap wanita berkenaan.
Alahai, jika difikirkan kesilapan menghantar mesej-mesej ‘nakal’ lagi ‘lucah’ kepada insan yang bergelar wanita bukanlah sesuatu perkara kecil kerana ianya boleh menimbulkan onar dan salah faham.
Bagaimanpun, tindakan wanita berkenaan yang mengugut dengan wang ringgit juga adalah ‘permintaan yang melampau’ dan tidak boleh diterima akal.
Mana tidaknya, seolah-olah mengambil kesempatan di atas kecuaian dan kesilapan orang lain.
Mungkin kes ini boleh memberikan pengajaran kepada lelaki tersebut dan orang ramai di luar sana agar lebih berhati-hati dalam memberikan pesanan lebih-lebih lagi yang berbaur lucah dan nakal. 

PANAS - Remaja Melayu Tak Malu Mengaku Hilang Dara Di Facebook



BERISTIGHFAR panjang kami jadinya melihat status pengakuan berani mati yang dimuat naik seorang remaja perempuan yang selamba mendedahkan dirinya sudah tiada dara di laman Facebook.
“Walaupun dah tak de dara, masih ada yang menerima. Terima kasih,” tulis remaja berkenaan.
Status itu sekali gus menarik perhatian ramai yang bertindak mengecam dan mengkritik perempuan berkenaan.
Apa yang lebih mengecewakan, ‘pendedahan melampau’ itu ditulis oleh perempuan Melayu yang sudah tentu beragama Islam.
Bukan hendak mempersalahkan punca remaja ini hilang dara, namun keaiban masa silapnya elok dipendamkan sahaja buat peringatan diri.
Ini tidak, perempuan ini seolah-olah ‘teruja’ hendak mencanang satu dunia tentang keaiban dirinya sendiri yang sudah tiada dara.
Sedangkan bagi masyarakat Melayu, kita percaya yang dara adalah simbol maruah bagi setiap insan yang bergelar wanita.
Kot iye pun gembira atas penerimaan teman lelakinya perihal kekurangan dirinya itu, rasanya tidak perlu dihebah-hebahkan seluruh dunia.
Tak pasal-pasal buat malu pada diri sendiri! –

TERLAMPAU ! Guru ketip telinga murid dengan stapler



FUJIAN - CHINA. Seorang guru digantung tugas selepas secara sengaja mengetip telinga anak muridnya yang berusia 4 tahun dengan stapler.

Ibu kepada mangsa memberitahu, dia mengetahui tindakan kejam guru berkenaan ketika hendak memandikan anaknya yang menangis kesakitan.

Apabila ditanya, anaknya memberitahu gurunya mengetip telinganya dengan stapler semasa waktu rehat.

Guru yang dikenali sebagai Lau mengajar di Tadika Jiangle County di Sanming.

Biro pendidikan mengesahkan kejadian itu dan telah mengambil tindakan terhadap guru terbabit.

Menurut NerEase News, guru tersebut sedang disiasat polis atas tuduhan salah laku profesional.

Sementara itu, wakil tadika berkenaan mengadakan lawatan dan memohon maaf atas tindakan guru berkenaan.

GAMBAR: Ngeri.. Mata Gerudi ‘Terbenam’ Pada Tangan Remaja (4 Gambar)


NGERI.. seorang remaja lelaki berusia 19 tahun terpaksa menahan kesakitan apabila alat gerudi industri tertusuk pada tangan kanannya di Bandar Putra, Segamat semalam.
Mangsa yang merupakan warga Nepal kemudiannya dikejarkan ke Hospital Segamat dengan kepala gerudi masih terlekat pada tangannya bagi mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun, doktor terpaksa mendapatkan khidmat Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk mengeluarkan mata gerudi yang ‘terbenam’ pada tangan mangsa.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, pihaknya dikejarkan selepas menerima panggilan kecemasan dari hospital kira-kira jam 10.39 malam.
Operasi mengeluarkan mata gerudi pada tangan mangsa dilakukan oleh anggota Bomba dan Penyelamat Bandar Putra kira-kira sejam selepas meneliti keadaan tangan mangsa sebelum mengeluarkan mata gerudi tersebut.
Mangsa kemudiannya menerima rawatan doktor dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. 



PANAS - Lagi Kes Bogel Atas Gunung, Kali Ini Di Cameron Highlands



SEBELUM ini, tindakan tidak senonoh sekumpulan pelancong asing yang berbogel di atas Gunung Kinabalu telah mencetuskan amarah masyarakat setempat.
Namun seakan seperti trend pula, kini berlegar di laman sosial beberapa keping gambar menunjukkan kelibat seorang lelaki mengambil gambar bogel di atas Gunung Irau yang terletak di Cameron Highlands, Pahang.
Tidak dapat dipastikan sama ada dia merupakan pelancong tempatan atau asing, namun gambar tersebut kini giat kongsikan di media sosial.
Menerusi gambar, lelaki berkacamata itu dilihat mengambil beberapa keping gambar dirinya berlatar belakangkan bendera Malaysia dan papan tanda bertulis Brinchang 2.35KM.
Dia turut menggayakan pelbagai aksi dalam keadaan bogel termasuk menutup bahagian sulitnya dengan papan tanda Gunung Irau.
Perbuatan seperti ini amatlah tidak senonoh dan seakan ingin menaikkan kembali isu melibatkan pelancong asing berbogel di Gunung Kinabalu.

VIRAL - Lelaki Sanggup Berlutut Mohon Kemaafan Daripada Kekasih



CHINA – Menantikan hukuman. Adakah anda mahu lelaki seperti ini menjadi kekasih anda?
Lelaki ini berlutut sambil menggalas seikat rotan di belakangnya di hadapan asrama perempuan di Politeknik Kolej Industri di Chongqing kerana inginkan kemaafan daripada kekasihnya.
Dia membawa rotan berkenaan kerana mahu teman wanitanya memukulnya. Tidak diketahui apa kesalahannya atau sama ada dia sudah dimaafkan oleh kekasihnya, namun imej berkenaan kini tersebar di media sosial.
Tindakannya itu bagaimanapun diejek dan diperlekehkan oleh sebahagian pengguna media sosial.
Perbuatannya itu diinspirasikan daripada cerita zaman lalu di China yang direkodkan sebelum 283 masihi.
Ia mengisahkan bagaimana seorang jeneral, Lian Po telah meminta maaf daripada pembantunya, Lin Xiangru kerana bersikap angkuh terhadapnya.
Lian Po turut membawa bersama batang kayu di belakangnya dengan matlamat meminta Lin Xiangru memukulnya sebagai tanda hukuman.
Kesediaannya menerima hukuman itu adalah sebagai menunjukkan bahawa Lian Po ikhlas memohon maaf