Thursday, 3 September 2015

GEMPAR - Penampakan Pontianak Di Lebuhraya Plus Waktu Siang Hari?



KECOH sehari dua ini apabila gambar didakwa pontianak sedang terbang di sebatang lebuhraya giat dikongsikan di laman sosial dan aplikasi mesej Whatsapp.
Gambar menyeramkan tersebut menunjukkan kelibat hantu atau pontianak yang kelihatan terapung di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) sebelum memasuki Terowong Menora pada waktu siang hari.
Jika dilihat dengan teliti gambar tersebut, objek didakwa pontianak itu seakan tengah melintas di kawasan tersebut.

Pergh, meremang bulu roma! Macam manalah agaknya perasaan pemandu yang ternampak benda macam ini sejurus sebelum memasuki terowong ya..
Untuk pengetahuan anda, lebuhraya sebelum memasuki Terowong Menora sememangnya sering dikaitkan dengan pelbagai kisah gangguan misteri dan seram. Antaranya kami pasti anda pernah dengar cerita Wolksvagen kuning tanpa pemandu kan?
Tapi tunggu jap.. jangan terlalu cepat buat spekulasi!

Setelah melakukan kajian sendiri, penulis berpendapat gambar viral itu sebenarnya hanyalah ‘imej seram’ yang sama ada sengaja mahupun tidak, telah diada-adakan.
Kelibat yang dikatakan pontianak itu rasanya tak lain tak bukan.. cuma tahi burung di cermin kereta saja.
Tak percaya? Cuba lihat objek ‘misteri’ lain yang dicetuskan oleh tahi burung bertempek-tempek pada cermin kereta di bawah ini.
Jadi, kesimpulan yang dapat dirumuskan ialah rajin-rajinlah cuci kereta anda sekiranya sudah terlalu kotor, agar tiada lagi berita penampakan makhluk misteri yang lain pula.

PADAH.. Silap Hantar Mesej ‘Papa Balik Nak Isap’ Ke Isteri Orang



PADA awalnya timbul perasaan ingin ketawa apabila membaca laporan polis milik seorang pekebun yang tinggal di Yong Peng, Johor ini.
Namun, perasaan itu bertukar menjadi simpati apabila mengenang nasib mangsa yang diugut individu tidak bertanggungjawab.
Semuanya berpunca gara-gara tindakan mangsa yang tersilap menghantar mesej berbau lucah kepada isteri orang yang berbunyi, “MAMA.. Te*** MAMA BESAR PAPA ISAP SEDAP, PAPA BALIK NANTI NAK ISAP”.
Menurut mangsa, mesej tersebut dihantar kira-kira jam 9 pagi ketika mangsa sedang bekerja, semalam.
Difahamkan, mesej itu sebenarnya ditujukan kepada isteri mangsa namun tersilap hantar kepada wanita lain.
Berikutan itu, mangsa dikatakan diugut sebanyak RM3000 oleh wanita terkenaan sebelum anak-anaknya melaporkan kepada pihak polis.
Gusar dan takut dengan ugutan wanita tersebut, mangsa memilih untuk membuat laporan polis berkenaan ugutan tersebut.
Pada masa yang sama, pekebun berkenaan mengaku bersalah akan kecuaiannya selain memohon maaf terhadap wanita berkenaan.
Alahai, jika difikirkan kesilapan menghantar mesej-mesej ‘nakal’ lagi ‘lucah’ kepada insan yang bergelar wanita bukanlah sesuatu perkara kecil kerana ianya boleh menimbulkan onar dan salah faham.
Bagaimanpun, tindakan wanita berkenaan yang mengugut dengan wang ringgit juga adalah ‘permintaan yang melampau’ dan tidak boleh diterima akal.
Mana tidaknya, seolah-olah mengambil kesempatan di atas kecuaian dan kesilapan orang lain.
Mungkin kes ini boleh memberikan pengajaran kepada lelaki tersebut dan orang ramai di luar sana agar lebih berhati-hati dalam memberikan pesanan lebih-lebih lagi yang berbaur lucah dan nakal. 

PANAS - Remaja Melayu Tak Malu Mengaku Hilang Dara Di Facebook



BERISTIGHFAR panjang kami jadinya melihat status pengakuan berani mati yang dimuat naik seorang remaja perempuan yang selamba mendedahkan dirinya sudah tiada dara di laman Facebook.
“Walaupun dah tak de dara, masih ada yang menerima. Terima kasih,” tulis remaja berkenaan.
Status itu sekali gus menarik perhatian ramai yang bertindak mengecam dan mengkritik perempuan berkenaan.
Apa yang lebih mengecewakan, ‘pendedahan melampau’ itu ditulis oleh perempuan Melayu yang sudah tentu beragama Islam.
Bukan hendak mempersalahkan punca remaja ini hilang dara, namun keaiban masa silapnya elok dipendamkan sahaja buat peringatan diri.
Ini tidak, perempuan ini seolah-olah ‘teruja’ hendak mencanang satu dunia tentang keaiban dirinya sendiri yang sudah tiada dara.
Sedangkan bagi masyarakat Melayu, kita percaya yang dara adalah simbol maruah bagi setiap insan yang bergelar wanita.
Kot iye pun gembira atas penerimaan teman lelakinya perihal kekurangan dirinya itu, rasanya tidak perlu dihebah-hebahkan seluruh dunia.
Tak pasal-pasal buat malu pada diri sendiri! –

TERLAMPAU ! Guru ketip telinga murid dengan stapler



FUJIAN - CHINA. Seorang guru digantung tugas selepas secara sengaja mengetip telinga anak muridnya yang berusia 4 tahun dengan stapler.

Ibu kepada mangsa memberitahu, dia mengetahui tindakan kejam guru berkenaan ketika hendak memandikan anaknya yang menangis kesakitan.

Apabila ditanya, anaknya memberitahu gurunya mengetip telinganya dengan stapler semasa waktu rehat.

Guru yang dikenali sebagai Lau mengajar di Tadika Jiangle County di Sanming.

Biro pendidikan mengesahkan kejadian itu dan telah mengambil tindakan terhadap guru terbabit.

Menurut NerEase News, guru tersebut sedang disiasat polis atas tuduhan salah laku profesional.

Sementara itu, wakil tadika berkenaan mengadakan lawatan dan memohon maaf atas tindakan guru berkenaan.

GAMBAR: Ngeri.. Mata Gerudi ‘Terbenam’ Pada Tangan Remaja (4 Gambar)


NGERI.. seorang remaja lelaki berusia 19 tahun terpaksa menahan kesakitan apabila alat gerudi industri tertusuk pada tangan kanannya di Bandar Putra, Segamat semalam.
Mangsa yang merupakan warga Nepal kemudiannya dikejarkan ke Hospital Segamat dengan kepala gerudi masih terlekat pada tangannya bagi mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun, doktor terpaksa mendapatkan khidmat Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk mengeluarkan mata gerudi yang ‘terbenam’ pada tangan mangsa.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, pihaknya dikejarkan selepas menerima panggilan kecemasan dari hospital kira-kira jam 10.39 malam.
Operasi mengeluarkan mata gerudi pada tangan mangsa dilakukan oleh anggota Bomba dan Penyelamat Bandar Putra kira-kira sejam selepas meneliti keadaan tangan mangsa sebelum mengeluarkan mata gerudi tersebut.
Mangsa kemudiannya menerima rawatan doktor dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. 



PANAS - Lagi Kes Bogel Atas Gunung, Kali Ini Di Cameron Highlands



SEBELUM ini, tindakan tidak senonoh sekumpulan pelancong asing yang berbogel di atas Gunung Kinabalu telah mencetuskan amarah masyarakat setempat.
Namun seakan seperti trend pula, kini berlegar di laman sosial beberapa keping gambar menunjukkan kelibat seorang lelaki mengambil gambar bogel di atas Gunung Irau yang terletak di Cameron Highlands, Pahang.
Tidak dapat dipastikan sama ada dia merupakan pelancong tempatan atau asing, namun gambar tersebut kini giat kongsikan di media sosial.
Menerusi gambar, lelaki berkacamata itu dilihat mengambil beberapa keping gambar dirinya berlatar belakangkan bendera Malaysia dan papan tanda bertulis Brinchang 2.35KM.
Dia turut menggayakan pelbagai aksi dalam keadaan bogel termasuk menutup bahagian sulitnya dengan papan tanda Gunung Irau.
Perbuatan seperti ini amatlah tidak senonoh dan seakan ingin menaikkan kembali isu melibatkan pelancong asing berbogel di Gunung Kinabalu.

VIRAL - Lelaki Sanggup Berlutut Mohon Kemaafan Daripada Kekasih



CHINA – Menantikan hukuman. Adakah anda mahu lelaki seperti ini menjadi kekasih anda?
Lelaki ini berlutut sambil menggalas seikat rotan di belakangnya di hadapan asrama perempuan di Politeknik Kolej Industri di Chongqing kerana inginkan kemaafan daripada kekasihnya.
Dia membawa rotan berkenaan kerana mahu teman wanitanya memukulnya. Tidak diketahui apa kesalahannya atau sama ada dia sudah dimaafkan oleh kekasihnya, namun imej berkenaan kini tersebar di media sosial.
Tindakannya itu bagaimanapun diejek dan diperlekehkan oleh sebahagian pengguna media sosial.
Perbuatannya itu diinspirasikan daripada cerita zaman lalu di China yang direkodkan sebelum 283 masihi.
Ia mengisahkan bagaimana seorang jeneral, Lian Po telah meminta maaf daripada pembantunya, Lin Xiangru kerana bersikap angkuh terhadapnya.
Lian Po turut membawa bersama batang kayu di belakangnya dengan matlamat meminta Lin Xiangru memukulnya sebagai tanda hukuman.
Kesediaannya menerima hukuman itu adalah sebagai menunjukkan bahawa Lian Po ikhlas memohon maaf

PERGH ! SEKSI ! Awek Bertudung Bangga Tayang Lidah Ditindik…



AMBOI, dah cantik bertudung litup tetapi sayang, terpapar sesuatu objek di bahagian lidah salah seorang gadis dalam gambar di atas….. lihat betul-betul…. apa lagi kalau bukan bertindik.
Buat pengetahuan anda, bertindik di bahagian lidah ini adalah suatu yang amat menyakitkan.
Individu yang menindik di bahagian lidah ini akan berlapar dalam satu tempoh masa demi mempercepatkan sembuh luka akibat organ berkenaan ditebuk.
Inilah padah kerana inginkan sesuatu yang cantik dan tampak lain daripada lain.

VIRAL - Tukang Cuci Jadi Kegilaan Orang Ramai Di Brazil



SEORANG wanita yang bekerja sebagai tukang cuci di jalanan Rio De Janeiro kini menjadi kegilaan orang ramai di Brazil.
Rita Mattos, 23, menjadi sensasi internet selepas gambarnya tersebar di laman sosial dan mendapat perhatian netizen sepanjang minggu lalu.
Kini dia bercadang untuk menukar kerjayanya daripada tukang cuci kepada model namun mendakwa, dia tidak suka dengan perhatian yang dimilikinya kini.


Rita berpendapat bahawa semua orang yang ‘bersorak’ untuknya itu memilih kasih terhadap rupa paras seorang tukang cuci.
“Masyarakat terkejut apabila lihat wanita cantik bekerja sebagai tukang cuci. Mereka beritahu saya boleh mendapat kerja yang lebih bagus berbanding menyapu dan membersih.
“Tapi kenapa tukang cuci di tepi jalan perlu kelihatan hodoh? Terdapat prejudis terhadap mereka. Saya sangat bangga dengan apa yang saya lakukan dan walaupun sukar saya sangat seronok,” katanya kepada media tempatan.
Tukang cuci yang memiliki tubuh badan menawan itu kini bakal mengejar impiannya dalam bidang modelling dan sanggup berbogel bagi memenuhi kehendak industri itu.
Walau bagaimanapun, dia tidak akan berhenti daripada kerjanya sebagai tukang cuci kerana ia membantu mengekalkan kelansingan tubuh badannya yang mantap itu. 

PANAS - Gadis Bertudung Seksi Sanggup Bogel Demi Airbrush



tak tahu apa yang ada di benak fikiran gadis bertudung ini, namun apa yang dilakukan benar-benar memalukan dan mengejutkan.
Mana tidaknya, tanpa mengenal erti malu gadis ini sanggup berbogel dan merelakan tubuh badannya menjadi kanvas bagi melakarkan seni airbrush buat tontonan umum.
Padahnya, tak pasal-pasal aksi daring telanjang bulatnya itu tersebar menjadi viral dan perbualan hangat di media sosial.

Difahamkan, gadis yang menawarkan perkhidmatan model bogel ini merupakan seorang mahasiswa di sebuah kolej yang terletak di Kuala Lumpur.
Ada juga sumber yang mendakwa dalam menjalani kehidupan seharian sebagai gadis manis bertudung bagi menyembunyikan perangai liarnya itu. Sejauh mana kebenaran, tidak kami dapat pastinya.
Entah di mana silapnya, hilang semua budaya-budaya timur yang diterapkan oleh nenek moyang dan yang tinggal hanya budaya barat semata-mata.
Apa yang menyedihkan, permasalahan akidah gadis tersebut yang terlalu berani tanpa mengenal dosa pahala sekali gus mencemarkan imej agama Islam.
Nampaknya isu masalah sosial benar-benar berada pada tahap kritikal. Diharap, moga-moga gadis ini segera bertaubat dan menghentikan perbuatan tidak bermoralnya ini. 

Zara Pelacur Kelas Atasan, Tunjuk Bukti Gambar Dato’ Enak Tidur Dengannya



MAKIN gila! itu ayat paling sesuai  untuk menggambarkan pelacur kelas atasan yang menggelar dirinya sebagai Zara XXX ini.
Apa tidaknya, gara-gara berang dituduh menfitnah selepas menyebarkan gambar seorang pelanggan yang dikenali sebagai Dato’ Y, Zara memilih untuk mengambil tindakan lebih ekstrem.
Tidak gentar dengan akibatnya kelak, Zara sekali lagi dilihat menyebarkan gambar Dato’ Y namun edisi lebih mengejutkan di mana Zara merakam aksi Dato’ Y yang sedang enak tidur setelah mendapatkan perkhidmatannya dipercayai di sebuah hotel mewah.
Menurutnya, beberapa gambar itu adalah ‘bukti paling kukuh’ bagi menutup mulut-mulut orang ramai yang mempertikaikan pendedahannya selama ini.
Add caption

Dalam pada itu, Zara sempat mengugut Dato’ Y di akhir status, meminta pelanggannya itu melunaskan baki hutang selepas mendapatkan perkhidmatan seksnya yang bernilai RM10, 000.
Tidak tahu apa yang ada dibenak fikiran wanita ini tapi dia sememangnya berani dan tidak kisah melondehkan aib pelanggan demi mendapatkan hutang tertunggak.
Senang cakap, demi duit wanita ini sanggup melakukan apa sahaja!
Bukti paling jelas, dia tidak habis-habis mempromosikan perkhidmatan seksnya secara terang-terangan dan menyebarkan pelbagai gambar lucahnya bagi menarik pelanggan.
Paling menyedihkan, jabatan agama masih terus berdiam diri membiarkan Zara bermaharajalela sebagai ‘pelacur popular’ tanpa mengambil sebarang tindakan.

PANAS - Rebecca Razli ‘Wanita Seksi Melayu XXXL’ Heboh Di Laman Sosial



DALAM zaman serba serbi dunia teknologi ini, terlalu ramai manusia yang menggunakan nama atau identiti palsu menerusi laman sosial.
Wajah di sebalik nama di Facebook, Instagram atau mana-mana laman Internet itu tidak semestinya wajah sebenar.
Perkara ini pernah berlaku kepada anak penyanyi legenda rock negara, Nabila Huda apabila individu tidak bertanggungjawab itu telah menggunakan nama dan gambarnya bagi mengaut keuntungan di Facebook.



Pemilik akaun palsu tersebut dikatakan telah memperdaya pengguna lain untuk melakukan transaksi ke dalam akaun simpanannya.
Mungkin terdapat satu penyakit mental khusus untuk tabiat seperti ini kerana terdapat kes kedua pula di mana pelakon Hanez Suraya juga dikatakan telah menjadi mangsa di dalam dunia permainan manusia tidak bertanggung jawab ini.
Terbaharu, ialah mengenai seorang wanita yang mendakwa bernama Rebecca Razli.
‘Rebecca’ ini mendapat ribuan pengikut di laman Facebook dan juga Instagram kerana kegemarannya mengambil gambar selfie sambil menyangkan ‘asetnya’ yang bersaiz XXXXL.
Lamannya sentiasa dikemas kini dengan gambar seksi terbaru selain status acah-acah selebiriti, yang mendakwa kononnya menjalankan tugas modeling, sesuai dengan status pekerjaannya sebagai Freelance Model seperti mana yang tertulis di laman ‘Facebooknya’.
Bukan itu saja, ramai lelaki Melayu beragama Islam memberi komen berbaur lucah di laman Facebook tersebut tidak kira usia tua atau muda.
Namun begitu, hasil carian kami di internet mendedahkan Rebecca Razli yang sebenarnya ialah seorang gadis Indonesia yang menggunakan akaun Instagram becarabecca966.
Yang paling penting, bro bro yang memberi komen di laman personaliti palsu tersebut mungkinkah suami, abah, pakcik, saudara-mara atau sepupu sepapat anda?
Serta mungkinkah identiti sebenar pemilik pemilik akaun palsu tersebut sebenarnya adalah maknyah atau pondan, siapa tahu kan?
Apa-apapun, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) seharusnya mengambil tindakan terhadap manusia-manusia tidak bertanggungjawab ini.
Dan satu perkara yang kami agak hairan ialah mengapakah akaun ‘pelacur popular’ Zara (bukan palsu) masih bermaharajalela tanpa diambil sebarang tindakan? 

GEMPAR - Penduduk Jumpa Janin Kembar Dibuang Di Tandas Surau


DUA janin yang dikatakan kembar dibuang oleh pihak tidak bertanggungjawab semalam.
KUALA TERENGGANU­ – Seorang remaja lelaki terkedu apabila menemui dua janin kembar yang dilahirkan tidak cukup bulan di tandas lelaki Surau Al-Ikhlas, Durian Burung di sini semalam.
Salah satu janin itu ditemui di luar tandas, manakala satu lagi janin ditemui di atas lantai berhampiran pintu tandas.
Ahmad Afkar Salleh, 18, berkata, dia pergi ke tandas tersebut kira-kira pukul 3 petang kerana sakit perut, namun pada mulanya tidak perasan dengan kedua-dua objek tersebut.
“Sewaktu hendak keluar dari tandas, saya ternampak satu ketulan objek dihurung semut dan lalat berhampiran pintu tandas, manakala satu lagi ketulan itu berada di luar tandas,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Menurut remaja itu, dia yang meneliti kedua-dua objek tersebut pada mulanya menyangka kedua-dua itu merupakan janin kucing sebelum memaklumkan perkara tersebut kepada penduduk kampung dan seorang jururawat yang kebetulan berada di surau ketika itu.
“Jururawat yang memeriksa kedua-dua objek itu kemudian memaklumkan kedua-dua ketulan itu merupakan janin manusia,” kata Ahmad Afkar.

INFO - Kenapa Nyamuk Suka Terbang Keliling Kepala Kita?



Tahukah anda bahawa nyamuk adalah serangga yang paling berbahaya di dunia? Kerana serangga kecil ini dicatatkan kes maut sebanyak 2 juta nyawa setahun.

Satu tabiat nyamuk yang selalu kita lalui dan pasti menyebabkan anda tertanya-tanya mengapa nyamuk suka 'bermain' dia atas kepala kita.

Perkara yang lebih pelik ialah tabiat nyamuk terbang di keliling kepala kita bukannya 'percubaan' untuk menghisap darah kita.

Perkara ini didedahkan oleh seorang pakar serangga terkenal, Rick Pollack dari Amerika Syarikat, mengatakan nyamuk suka terbang di sekitar kepala, terutama di bahagian wajah dan telinga kerana tertarik kepada gas karbon dioksida yang kita hembuskan.

Yang paling pelik membuatkan anda pasti terkejut ialah ia sebenarnya permulaan untuk mengawan di mana nyamuk jantan akan menanda lokasi ‘kahwin’ seperti sekitar pokok, atau atas kepala manusia.


Nyamuk jantan akan ‘menari’ di sekitar kepala kita untuk menarik perhatian nyamuk betina untuk proses pembiakan.

Sebab Kenapa Anda Perlu Elakkan Minum Kopi Sebelum Jam 9 Pagi



Kopi merupakan sejenis minuman yang paling popular untuk diminum pada pagi hari. Ini kerana kopi mengandungi kafein yang dapat membangkitkan semangat anda. Itulah sebabnya ada orang yang merasa hari mereka tidak sempurna dan tidak berfungsi jika belum minum kopi di pagi hari. Walaupun perkara seperti ini dilihat normal, namun ternyata sebuah kajian yang dipaparkan di laman web dailymail.co.uk menyarankan agar anda tidak meminum kopi di pagi hari.

Awas! Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Elakkan Minum Kopi Sebelum Jam 9 Pagi

Menurut pakar, ketika di pagi hari, tubuh anda mempunyai hormon cortisol yang mencukupi dan bertindak untuk membuatkan badan anda kekal cergas, aktif dan terjaga. Jadi sebenarnya badan anda telah menghasilkan ‘kafein’ secara semulajadi dan tidak perlu lagi meneguk secawan kopi atau apapun minuman yang mengandung kafein. Ini adalah hasil penilitian dan kajian yang diterbitkan dalam jurnal Psychosomatic Medicine.

Pakar perubatan telah melakukan penelitian dan mendapati bahawa waktu paling baik untuk menikmati kopi setiap hari adalah di antara pukul 9.30 dan 11.30 pagi kerana kafein akan memberi tindak balas dengan hormon kortisol yang membantu tubuh bekerja lebih cergas dan aktif serta meningkatkan kewaspadaan.


Pada waktu pagi, minuman kopi anda mungkin berguna dan mempunyai kesan efektif jika dinikmati di antara pukul 9.30 dan 11.30 pagi.

PANAS!!!!awek minta 'break' kerana gilakan 'relationship goals'



ENTAH sejak bila, fenomena ‘relationship goals’ tiba-tiba melanda para gadis seluruh dunia termasuk di Malaysia.
Kononnya, mengharapkan kisah cinta sempurna bak seindah kayangan dengan kehadiran ‘prince charming’ yang romantis.
Semuanya gara-gara tabiat anak muda yang suka menunjuk kehebatan dan kesenangan hidup di laman sosial sehingga menyebabkan ramai gadis terpengaruh lalu mengimpikan sesuatu yang tidak rasional.
Sebagai contoh, mengharapkan teman lelaki menghadiahkan itu ini, memberi layanan romantis dan bermacam-macam lagi.

Sedangkan realitinya, tidak semua lelaki berkemampuan untuk menunaikan impian kekasih hati yang gilakan ‘relationship goals’ ini. Lainlah kalau teman lelaki anda sememangnya kaya raya.
Senang cakap, golongan wanita yang gilakan ‘relationship goals’ ini sebenarnya materialistik dan penuh dengan angan-angan kosong seperti ‘Mat Jenin’.
Akibat sikap ‘hidup segan mati tidak mahu’ ini jugalah, menjadi punca ramai wanita menjadi andartu.


Barangkali, kisah lelaki yang telah putus bersama teman wanitanya ini boleh dijadikan pengajaran buat semua wanita di luar sana agar berpijak di bumi yang nyata.
Menerusi perbualan lelaki ini dan rakannya, dia meluahkan rasa kecewa dengan sikap teman wanitanya yang berangan mahukan lelaki kaya dan boleh berikan segala-galanya.
Berikutan itu, lelaki ini berharap agar dipertemukan wanita bergelar isteri yang boleh mengharungi susah senang hidup bersamanya.
Semoga luahan pilu lelaki ini sedikit sebanyak dapat mengubah sikap wanita agar tidak terlalu mengejar ‘relationship goals’.
Ketahuilah, nenek moyang dan ibu bapa kita sampai kini masih bahagia bersama tanpa mengenal apa itu ‘relationship goals’. – 

Ngeri...rambut ditarik mesin...

Kalau anda sedang berkerja,berhati-hatilah semasa menjalankan tugas.Biar lambat asal selamat.Setiap pekerjaan mempunyai risiko yang tertentu, kita tidak akan terlepas untuk menghadapi risiko. Di bawah ini adalah kemalangan industri yang mengerikan, yang terjadi di hidroelektrik Balbina Plant, yang terletak di Sungai Uatuma (Amazon Basin), Brazil Presidente Figueiredo.
Seorang pekerja yang mempunyai rambut panjang tapi sekarang beliau sudah kehilangan rambut dan kulit kepalanya. Apabila kurangnya tumpuan pada sesuatu kerja, boleh terjadi apa saja yang tidak kita ingini, itu fakta. Jadi terbukti di dalam gambar ini:

Ngeri....lagi kepala hancur eksiden

Tak banyak info yang kami dapat,cuma gambar bawah nie menunjukkan mangsa adalah lelaki dan pompuan yang mengunakan basikal.Mungkin kena heret dan di gilis oleh lori atau kereta.Yang menjadi mangsa adalah penunggang basikal.

Innalillah...32 keping gambar kemalangan ngeri yang tak sanggup kita lihat

HOT! 32 Keping Gambar Kemalangan Ngeri Yang Tak Sanggup Kita Lihat!



Masyallah.. seram sejuk tengok gambar kemalangan di kilometer 223.2

Ada 32 lagi keping gambar kemalangan maut di PLUS highway dengan baca entri ini sepenuhnya. Kalau lemah jantung/lemah semangat jangan tengok.



































































Tergamam.. Ya Allah.. tempatkan roh umat Islam yang terbabit dalam kemalangan ini di tempat orang yang beriman. jauhilah kami dari segala seksa dan azab di dunia dan akhirat. aminnn..